KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan.  Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran yang seterusnya.

tunjangKSPK digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak.  Kandungan KSPK adalah berasaskan enam tunjang, iaitu:

  1. Tunjang Komunikasi
  2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  3. Tunjang Keterampilan Diri
  4. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  5. Tunjang Sains dan Teknologi
  6. Tunjang Kemanusiaan

cropped-girl